GLOBAL

Strawberi jarum merebak ke New Zealand

WELLINGTON 23 SEPT: Strawberi dari Australia yang mengandungi jarum kini merebak ke New Zealand selepas penemuan jarum dalam sebuah kotak berisi buah berkenaan yang diimport dari negara tersebut.

Rangkaian pasar raya Countdown mengesahkan penemuan tersebut dan memaklumkan telah menarik balik penjualan buah berkenaan yang dijual di sebuah pasar raya di Auckland.

Strawberi dari Western Australia itu mula dijual di rangkaian pasar raya di seluruh negara pada minggu lalu namun hanya satu insiden penemuan jarum itu dilaporkan.

Pihak berkenaan turut menasihatkan pelanggannya agar memotong terlebih dahulu strawberi dari Australia sebelum memakannya.

Setakat ini tiada laporan kecederaan dan penyakit berlaku di New Zealand.

SUMBER: AFP


Pengarang :