PENDIDIKANSELANGOR

UNISEL cakna alam sekitar demi lupus toksik

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 13 SEPT: Pelajar Universiti Selangor (UNISEL) mengambil inisiatif menganjurkan program “Cakna Alam Sekitar Lupuskan Toksik” bagi mendedahkan masyarakat terhadap bahaya toksik, di Kuarters Taman Sri Muda Seksyen 25, di sini, pada 24 Ogos lalu.

Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Hubungan Industri Jabatan Sains Kesihatan Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat UNISEL, Mohamad Adam Adman berkata, program itu hasil kerjasama antara pelajar dan Balai Polis Taman Sri Muda.

“Selesai sahaja program ini, Balai Polis Taman Sri Muda komited memberikan sokongan dan berharap ia akan terus diadakan pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Balai Polis Taman Sri Muda, ASP Norzamri Shamsuri menyambut baik program berkenaan yang memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar UNISEL, malah seluruh komuniti di situ.

“Seiring dengan program ini, Polis DiRaja Malayia sendiri mengamalkan dan melancarkan amalan ‘GO GREEN’.

“Program seperti ini amat bermanfaat kepada penduduk dan masyarakat di luar sana kerana ia dapat memberi pendedahan berkenaan bahan buangan toksik berbahaya,” katanya.


Pengarang :