PBTSELANGOR

2,000 bekas makanan percuma semarak kempen Jom Bayar Lesen

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 17 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjurkan Kempen Jom Bayar Lesen Perniagaan bermula 1 Oktober hingga 31 Disember depan.

MBPJ melalui kenyataan berkata, bagi menyemarakkan semangat orang ramai, sebanyak 2,000 bekas makanan akan diberi secara percuma kepada pemegang lesen perniagaan yang terawal memperbaharui lesen.

Katanya, sebanyak 22 kaunter bergerak disediakan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di kaunter ibu pejabat pada waktu puncak.

“Semakan pembaharuan lesen juga boleh dibuat melaui sistem semakan eperkhidmatan.mbpj.gov.my/elesen.

“MBPJ turut memperkenalkan aplikasi eLesen MBPJ sebagai usaha penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan lesen yang kini boleh dimuat turun melalui Google Playstore,” kata kenyataan itu.

Berdasarkan rekod Jabatan Pelesenan MBPJ, sebanyak 48,080 pemegang lesen perlu memperbaharui lesen bagi 2019.

Sementara itu sehingga September 2018, sebanyak 5,068 permohonan baru diterima dan 5,211 lesen dibatalkan.


Pengarang :