EKONOMINASIONAL

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR, 15 OKT: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, namun meningkat semula lebih tinggi selepas itu, walaupun momentum luaran lemah, kata peniaga.

Pada jam 9.15 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.98 mata kepada 1,731.72 daripada 1,730.74, pada Jumaat lalu dan selepas dibuka rendah 1.34 mata kepada 1,729.4.

Peniaga berkata, momentum belian yang lemah dan kebimbangan berkenaan kenaikan kadar faedah AS, ekonomi global yang perlahan serta penilaian pasaran kaya perlu mengehadkan potensi kenaikan.

“Bagi FBM KLCI, halangan overhead segera pada 1,742 dan sokongan penarikan semula pada 1,697,” katanya.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 184 berbanding 104, dengan 185 tidak berubah, 1,409 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 139.81 juta unit bernilai RM95.48 juta.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals, masing-masing tidak berubah pada RM9.58 dan RM9.28.

Public Bank dan TNB, masing-masing turun dua sen kepada RM24.96 dan RM14.58 manakala CIMB susut satu sen kepada RM5.94.

Bagi saham aktif, Hibiscus Petroleum naik tiga sen kepada RM1.21, Advance Synergy menambah 1.5 sen kepada 15.5 sen dan MyEG melonjak empat sen kepada RM1.60.

Gamuda dan Sapura Energy, masing-masing tidak berubah pada RM2.35 dan RM36 sen.

Indeks FBM Emas Shariah naik 24.34 mata kepada 12,013.30, Indeks FBM Ace meningkat 11.55 mata kepada 5,019.57 dan FBM 70 melonjak 70.15 mata kepada 13,930.24.

Indeks FBM Emas menokok 19.93 mata kepada 12,001.79 dan Indeks FBMT 100 menambah 19.01 mata kepada 11,828.63.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 2.73 mata kepada 7,414.53, bagaimanapun Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 0.199 mata kepada 17,528.42 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.03 mata kepada 171.57.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :