BERITA UTAMASELANGOR

MB iring Sultan Selangor ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-250

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 17 OKT: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari hadir mengiringi Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-250 di Istana Negara, di sini, hari ini.

Memetik laman Twitter beliau, mesyuarat itu dipengerusikan DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah manakala Johor diwakili Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Manakala, Kedah diwakili Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Kelantan diwakili Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra.

Mesyuarat yang bermula 10.30 pagi itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Pada mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri.


Pengarang :