SASTERA

Pertemuan, perpisahan

Tawamu
tamu tak diundang
bertukar debu
mengotori meja kopi
televisyen berTawamu
tamu tak diundang
bertukar debu
mengotori meja kopi
televisyen bercakap seorang
sofa terbaring lesucakap seorang
sofa terbaring lesu.

Hujan di luar
melemaskan hujah
kita campak dalam cawan teh
sebelum mencicip kenangan,
makin pahit dan dingin.

Malam pamit:
cita-citamu
basah di ambal.

Kita jadi bingkai
tanpa gambar.

Rasydan Fitri
Cheras


Pengarang :