SELANGOR

Puchong dilanda banjir kilat

SHAH ALAM, 2 OKT: Trafik dilaporkan perlahan susulan banjir kilat di kilometer 24 yang mengakibatkan kesesakan luar biasa dari Paradigm Mall, Kelana Jaya sehingga SetiaWalk, di Puchong.

Menerusi laman Twitter Astro Radio Traffic, pengguna jalan raya dijangka mengalami kelewatan sehingga dua jam dan dinasihatkan menangguh perjalanan.

“Ini juga memberi kesan kesesakan dari Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Baru Pantai dan Lebuhraya Shah Alam,” katanya.

Netizen turut berkongsi gambar dan rakaman banjir di kawasan berkenaan yang menunjukkan kenaikan paras air berhampiran SetiaWalk menghala ke IOI Mall dan Bandar Puteri.

Walaupun pihak berkuasa memaklumkan banjir sudah surut, namun keadaan trafik masih sesak.

 

 


Pengarang :