SELANGOR

Belanjawan’19: RM2.5 juta tubuh Shah Alam Modern Arts

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 23 NOV: Kerajaan Negeri bercadang memperuntukkan RM2.5 juta bagi menubuhkan Shah Alam Modern Arts (SAMA) dalam jangka masa lima tahun.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ia diperuntukkan sebagai dana tunas untuk pembentukan ‘masterplan’ pembangunan seni dan budaya Selangor.

Katanya, ia ekoran Selangor sering menjadi negeri tumpuan seniman dalam pelbagai bidang untuk berkarya dan menghasilkan produk seni mereka.

“Sudah tiba masanya Kerajaan Negeri mempunyai ‘masterplan’ yang komprehensif berkenaan seni dan kebudayaan supaya potensi sedia ada ini dapat menyumbang kepada pembangunan negeri yang lebih holistik.

“Selangor juga adalah pusat perkembangan seni halus (fine arts), di Malaysia dengan memiliki banyak studio lukisan, galeri dan fakulti seni lukis terutama di Shah Alam.

“Kelebihan ini perlu digarap supaya Selangor dapat memposisikan kedudukannya sebagai sebuah pusat seni kontemporari utama di Asia Tenggara,” katanya.

 


Pengarang :