SELANGOR

Belanjawan’19: Tekad bangunkan Selangor Maritime Gateway

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 23 NOV: Kerajaan Negeri bertekad melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi, di bandar sepanjang Sungai Klang dan menjadikan kawasan itu sebagai ‘Smart Central Economic Region’.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, menerusi pembangunan pesisir sungai, Kerajaan Negeri meluluskan meluluskan Pelan Induk Pembangunan Sungai Klang dikenali sebagai ‘Selangor Maritime Gateway (SMG)’, pada Mac tahun ini.

Katanya, Kerajaan Negeri turut melantik anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), iaitu Landasan Lumayan Sdn Bhd sebagai pelaksana projek.

“Kerajaan Negeri melihat Sungai Klang sejauh 120 kilometer yang mengalir melalui bandar utama, di Selangor bermula di kawasan Ampang, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan seterusnya Bandar DiRaja Klang.

“Ia adalah ‘the engine of growth’ yang bukan sahaja menjadi penyumbang utama ekonomi kepada Negeri Selangor, malahan kepada Malaysia,” katanya.

Terdahulu, projek SMG akan menjadikan konsep penjanaan semula bandar membabitkan industri perhotelan, perdagangan, pelancongan, perumahan serta industri perkhidmatan.

Ia akan meliputi keluasan kawasan kira-kira 55,612 hektar sepanjang pesisir Sungai Klang dan projek itu juga dapat meningkatkan tahap kebersihan kualiti air dalam lembangan dan rizab sungai sekurang-sekurangnya, pada tahap kedua indeks kualiti air.


Pengarang :