NASIONALPENDIDIKAN

Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi sasar pelajar raih diploma

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA LUMPUR, 8 NOV: Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi menyasarkan pelajarnya memiliki diploma menerusi kerjasama dengan institusi dan kolej terpilih.

Pengetuanya, Muhammad Razmee Abd Razak berkata, sehingga kini terdapat kira-kira 25 pelajar mengikuti kursus pembinaan dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Akademi Binaan Malaysia.

“Kami mahu anak ini membantu negara, sekali gus menambah bilangan pekerja mahir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke Sekolah Tunas Bakti (L) Sungai Besi (STBSB), di sini.

Katanya, STBSB adalah institusi kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajiian Masyarakat (JKM) yang diluluskan bagi pendidikan, latihan dan penahanan di bawah Seksyen 65 Akta Kanak-Kanak 2001.

Katanya, antara objektif sekolah itu ialah memberi pemulihan kepada kanak-kanak yang terbabit dengan jenayah dan tidak terkawal.

“Kejayaan kanak-kanak ini juga diiktiraf JKM melalui program Aspirasi Gemilang ‘A’ sebagai dorongan kepada mereka untuk terus cemerlang dalam pelajaran,” katanya.


Pengarang :