AGAMASELANGOR

Semoga Selangor terus diberkati dan dilindungi

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 7 NOV: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berdoa Selangor terus diberkati Allah SWT, sekali gus melindungi rakyat, di negeri itu.

“Dengan keberkatan yang melimpah ini, semoga Kerajaan Selangor meneruskan pentadbiran, sekali gus menjadikan negeri ini sebagai contoh dan tempat tinggal yang aman juga selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Zikir Munajat Perdana Selangor 2018, di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar, di sini, semalam.

Turut hadir Pengasas Pondok Pesanten Al-Qadiri Jawa Timur Indonesia, Kiyai Achmad Muzakki Syah.

Program yang bermula pada jam 6 petang itu dihadiri hampir 1,000 peserta dari seluruh negeri.

Amirudin berkata, pihaknya berbesar hati menerima kunjungan Kiyai Achmad bersempena majlis zikir perdana yang julung kali diadakan itu.

“Semoga dengan adanya majlis ini, Selangor sentiasa mendapat pengampunan dari ALLAH SWT dan menghindarkan negeri kita daripada bencana.

“Tambahan tidak lama lagi Kerajaan Selangor akan membentangkan belanjawan, semoga ia mendatangkan keberkatan buat semua,” katanya.

 


Pengarang :