EKONOMINASIONAL

Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah

KUALA LUMPUR, 18 JAN: Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah dalam dagangan awal hari ini dengan indeks utama berundur daripada keuntungan semalam disebabkan oleh jualan dalam kaunter berkaitan indeks.

Ia dipengaruhi oleh faktor hujung minggu dan penyusutan harga minyak mentah.

Pada jam 9.08 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.29 mata kepada 1,682.68 daripada penutup semalam iaitu 1,682.97 selepas dibuka 0.89 mata lebih rendah pada 1,682.08.

Bagaimanapun, pasaran meluas kekal positif berikutan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 139 berbanding 82, manakala 139 kaunter lagi tidak berubah, 1,532 tidak didagangkan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 146.94 juta saham dengan nilai RM50.72 juta.

*Sumber: BERNAMA

 


Pengarang :