GLOBAL

Kajian: Ais di Greenland mencair lebih pantas

WASHINGTON, 24 JAN: Greenland berdepan masalah lapisan ais yang mencair lebih pantas daripada dijangkakan, yang disifatkan tidak pernah berlaku sebelum ini dalam tempoh dua dekad lalu, demikian menurut satu kajian terkini.

Kajian mendapati kecairan ais berlaku sejak awal 2003 hingga pertengahan 2013 di barat daya Greenland, sebuah kawasan yang tidak diberi perhatian oleh saintis sebelum ini.

Berdasarkan data dikumpulkan satelit Pemulihan Graviti dan Eksperimen Iklim (Grace) itu turut mendapati peningkatan jumlah ais yang mencair meningkat empat kali ganda, lapor agensi berita Xinhua.

Grace yang mempunyai dua satelit itu dilancarkan pada Mac 2002, hasil kerjasama antara NASA dan Pusat Aeroangkasa Jerman.

Kajian juga mendapati pemanasan atmosfera yang berterusan menyumbang utama kenaikan paras laut di kawasan terbabit.

Ia juga berpunca masalah pemanasan global dan turun naik suhu.

– BERNAMA

 


Pengarang :