PBTSELANGOR

MBSA buang sepanduk haram di Lebuhraya Persekutuan

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 9 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan membuang semua sepanduk dan kain rentang di sepanjang Lebuhraya Persekutuan jika ia sudah tamat tarikh luput atau dipasang secara haram.

Pihak Berkuasa Tempatan itu dalam kenyataan berkata, ia ekoran pihaknya menerima pelbagai rungutan dan aduan daripada penunggang motosikal.

“Sememangnya pemasangan sepanduk dan ‘bunting’ ini membahayakan penunggang motosikal kerana pada waktu ribut petir, ia akan jatuh ke jalan raya, sekali gus mendatangkan risiko kepada mereka.

“Walaupun aduan turut dibuat kepada Jabatan Kerja Raya, masalah terbabit kembali kepada MBSA kerana PBT yang mengeluarkan lesen,” katanya.


Pengarang :