SELANGOR

Peserta antarabangsa meriahkan Larian Ceria Pendidikan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 JAN: Acara Larian Ceria Pendidikan mendapat sambutan di luar jangkaan apabila turut disertai peserta negara jiran seperti Singapura dan beberapa negara lain.

Acara anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Pendidikan Selangor itu disertai kira-kira 1,800 peserta terdiri daripada warga pendidik, pelajar dan masyarakat awam.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, program seumpama itu mampu menjadi platform terbaik bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga pendidik.

“Program hari ini sangat baik kerana selain mampu melahirkan warga pendidik yang mengamalkan gaya hidup sihat, ia memberi peluang kepada mereka mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat,” katanya kepada media pada program Larian Ceria Pendidikan di Taman Botani Negara Shah Alam di sini, hari ini.

Amirudin berharap supaya penganjuran program itu dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Terdahulu, beliau melepaskan peserta program larian terbabit serta tidak melepaskan peluang turut serta menyertainya sambil diiringi Pengarah Pendidikan Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim dan beberapa pegawai kanan jabatan berkenaan.

 


Pengarang :