EKONOMIRinggit

Ringgit tinggi berbanding dolas AS

KUALA LUMPUR, 7 JAN: Ringgit dibuka tinggi hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika matawang dunia itu mengalami penyusutan.

Hal itu ekoran jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menangguhkan langkah mengetatkan dasarnya, pada 2019.

Pada jam 9.18 pagi, ringgit berada pada 4.1200/1250 berbanding dolar AS daripada 4.1340/1370 ketika ditutup, pada Jumaat minggu lalu.

Peniaga berkata, minat pelabur beralih kepada ringgit susulan kenyataan Pengerusi Fed, Jerome Powell pada Jumaat lepas bahawa bank pusat itu tidak menetapkan kekerapan kenaikan kadar faedah malah ia akan sensitif kepada risiko negatif harga dalam pasaran.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain, kecuali pound British, apabila unit tempatan turun kepada 5.2468/2536 daripada 5.2378/2432 pada Jumaat lepas.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0310/0358 daripada 3.0357/0395, naik berbanding yen Jepun kepada 3.7969/8025 daripada 3.8260/8298 dan stabil berbanding euro kepada 4.6997/7070 daripada 4.7144/7199.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :