SELANGOR

Amirudin ziarah Azmin selepas selesai pembedahan

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 6 FEB: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari meluangkan masa melawat Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali di rumahnya setelah selesai menjalani pembedahan, baru-baru ini.

Turut serta bersamanya ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya mendoakan agar beliau sembuh dan dapat kembali menjalankan tugas,” katanya ringkas.

Sebelum ini, anak Mohamed Azmin, Farah Amira melalui Twitter berkongsi gambar bapanya menerima kunjungan isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Namun, Farah tidak mendedahkan jenis pembedahan dan di mana bapanya mendapatkan rawatan.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan mencemar duli menziarahi Mohamed Azmin di hospital.

 


Pengarang :