Ringgit dibuka rendah | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Ringgit dibuka rendah

KUALA LUMPUR, 28 FEB: Ringgit berundur dari kenaikan semalam untuk dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, ekoran pelabur beralih ke mata wang AS itu selepas terdapat perkembangan baharu dalam rundingan Brexit, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit menyusut kepada 4.0720/0760 daripada 4.0640/0690 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata, dolar AS mengukuh seiring dengan kenaikan pound sterling ke paras tinggi tujuh bulan selepas pemimpin negara-negara Eropah memberi petanda akan pertimbang menangguhkan Brexit sekiranya perbincangan itu gagal mencapai persetujuan menjelang 29 Mac.


Sementara itu, Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama kecuali yen Jepun.

Ia mengukuh berbanding yen kepada 3.6721/6767 daripada 3.6798/6854 pada Rabu namun menyusut berbanding euro kepada 4.6319/6369 daripada 4.6301/6378.

Berbanding dolar Singapura, ia merosot kepada 3.0194/0228 daripada 3.0155/0197 dan menyusut berbanding pound British kepada 4.4211/4276 daripada 5.3970/3053 sebelumnya.

*Sumber: BERNAMA

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next