PBT SELANGOR

Laluan baharu Bas Smart Selangor MPSJ dirasmi

MPSJ rasmi laluan baharu Bas Smart Selangor

OLEH UMIRAH IZRIN

SERI KEMBANGAN, 11 MAC: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) merasmikan laluan baharu Bas Smart Selangor, di Seri Kembangan, hari ini.

Timbalan Yang Dipertuanya, Mohammad Zulkarnain Che Ali berkata, laluan baharu SJ05 menghubungkan Taman Equine ke Taman Serdang Jaya.

“Empat bas turut disediakan untuk laluan baharu, sekali gus menjadikan Bas Smart Selangor MPSJ sebanyak 20 bas.

Turut hadir, EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han dan Ahli Dewan Negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Antara hentian Laluan SJ05 adalah Taman Pinggiran Putra, Taman Universiti Indah, Taman Bukit Serdang dan Kampung Baru Seri Kembangan.

Pada masa sama, perkhidmatan itu bertujuan menggalakkan orang awam menggunakan pengangkutan yang disediakan serta mengurangkan jumlah kenderaan.

“Laluan ini alternatif untuk pengurangan pelepasan gas karbon monoksida, karbon dioksida dan hidrokarbon,” katanya.

Orang awam boleh mengakses perkhidmatan bas percuma itu bermula jam 6 pagi hingga 10 malam, di Jalan Putra Permai.


Pengarang :