Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 5 MAC: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding Dolar AS pagi ini susulan penyusutan permintaan terhadap unit tempatan itu walaupun dengan pengumuman data pengeluaran eksport Malaysia pada Januari 2019 yang lebih baik daripada jangkaan awal.

Pada 9.11 pagi ini, Ringgit mencatat 4.0760/0800 berbanding Dolar AS daripada 4.0740/0770 sewaktu ditutup, semalam.

Penganalisis penyelidikan FXTM, Lukman Otunuga berkata, Ringgit mendapat sokongan kecil daripada data eksport itu yang menyaksikannya tidak berupaya mengukuh berbanding Dolar AS ketika laporan menyatakan Amerika Syarikat dan China berkemungkinan memeterai perjanjian perdagangan.


“Keuntungan Rringgit 1.4 peratus setakat ini menunjukkan rasa optimis itu semakin reda,” katanya.

Selain itu, Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding Dolar Singapura kepada 3.0072/0106 daripada 3.0071/0104 dan rendah berbanding Yen Jepun kepada 3.6445/6487 daripada 3.6417/6454.

Ringgit bagaimanapun meningkat berbanding Pound British kepada 5.3693/3750 daripada 5.3944/4000 dan mengukuh berbanding Euro kepada 4.6197/6247 daripada 4.6203/6254, sebelum ini.

– BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next