NASIONAL

Saham KL dibuka tinggi

KUALA LUMPUR, 29 MAC: Saham di Bursa Malaysia tinggi pada sesi awal dagangan hari ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.91 mata kepada 1,648.24 daripada 1,641.33 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks itu dibuka 7.03 mata lebih tinggi kepada 1,648.36.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 164 berbanding 68, manakala 154 kaunter tidak berubah, 1,531 kaunter tidak diniagakan dan 79 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 75.5 juta saham bernilai RM40.48 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Public Investment Bank Bhd berkata pasaran Amerika Syarikat meningkat susulan rundingan perdagangan dengan China disambung semula.

Purata Perindustrian Dow Jones naik 0.36 peratus kepada 25,717.46, manakala indeks S&P 500 meningkat 0.36 peratus kepada 2,815.44.

Antara saham berwajaran tinggi di Bursa Malaysia, Maybank menokok dua sen kepada RM9.28, CIMB menambah tiga sen pada RM5.14 dan Tenaga meningkat 12 sen kepada RM12.64.

PChem dan PBBank masing-masing tidak berubah pada RM9.15 dan RM9.15.

Bagi saham aktif, Frontken naik tiga sen kepada RM1.00, Inix Technology menokok setengah sen kepada lapan sen, manakala Orion IXL dan T7 Global masing-masing menambah satu sen kepada 22 sen dan 55 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 44.58 mata kepada 11,574.95, Indeks FBMT 100 menokok 46.27 mata kepada 11,432.24 dan Indeks FBM Emas Syariah melonjak 57.27 mata kepada 11,707.73.

FBM 70 naik 50.77 mata kepada 14,214.77 dan Indeks FBM Ace menambah 15.26 mata kepada 4,811.18.

Mengikut sektor pula, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 37.04 mata kepada 16,974.76, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.37 mata kepada 169.14 dan Indeks Perladangan menokok 51.5 mata kepada 7,221. -BERNAMA


Pengarang :