Kebakaran di Rapid Pengerang: Polis terima 84 laporan penduduk | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Hafizan Taib

Kebakaran di Rapid Pengerang: Polis terima 84 laporan penduduk

JOHOR BAHRU, 13 APR: Polis menerima 84 laporan setakat ini yang dibuat penduduk sekitar Pengerang berhubung insiden kebakaran dan letupan di tapak projek Rapid Pengerang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Ahsmon Bajah berkata, kejadian itu terkawal sepenuhnya dan tiada insiden susulan berlaku.

“Kesemua 84 laporan itu dilakukan di Balai Polis Sungai Rengit dan Balai Polis Pengerang,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.


Ahsmon dalam pada itu menasihati orang ramai supaya tidak panik dan tidak menyebarkan sebarang berita tidak benar berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, menyebarkan berita palsu adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi Multimedia 1998 yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam insiden kebakaran dan letupan yang berlaku pada kira-kira 1.20 pagi itu, dua warga tempatan cedera dan dipercayai lebih 10 buah rumah rosak di Kampung Lepau, berhampiran Pengerang.

SUMBER: BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next