SUKANKINI

Sasar 50 peratus rakyat bersukan syarat jadi negara maju

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 15 APR: Negara memerlukan sekurang-kurangnya lebih 50 peratus rakyatnya terlibat dalam aktiviti sukan bagi melepasi syarat sebagai negara maju menjelang 2020.

Pengarah Jabatan Belia Selangor, Sabran Abd Bahar berkata, sasaran itu boleh dicapai melalui pelbagai aktiviti rangsangan untuk masyarakat terlibat sukan sekali gus melahirkan rakyat bersukan.

“Syarat ini adalah indikator yang diguna pakai di seluruh dunia untuk sesebuah negara mencapai taraf negara maju.

“Malaysia boleh mencapainya apabila lebih banyak acara sukan diadakan seperti mana Program Sukan Luar Bandar Edisi Selangor 2019 yang di adakan Stadium Mini MBSA Paya Jaras semalam,” katanya kepada SelangorKini.

Katanya, program yang diadakan itu mampu menimbulkan minat masyarakat untuk terlibat dengan aktiviti sihat dan tidak semestinya untuk pertandingan.

Katanya, selain itu, rakyat juga mampu menjalani hidup lebih sihat apabila melibatkan diri dengan aktiviti beriadah.

“Oleh itu saya harap program seumpama ini mampu memberi impak, meningkatkan minat rakyat terlibat dalam sukan dan melahirkan warga sihat dan cergas,” katanya.


Pengarang :