Tiga pelajar antarabangsa UNISEL terima biasiswa IIIT | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Nor Umirah Izrin

Tiga pelajar antarabangsa UNISEL terima biasiswa IIIT

OLEH IZRIN MOHAMAD SAID

SHAH ALAM, 25 APRIL: Tiga pelajar antarabangsa Universiti Selangor (UNISEL) berjaya menerima biasiswa International Institute of Islamic Thought (IIIT), hari ini.

Pelajar terbabit ialah Aliyu Idris (Doktor Falsafah Sains Sosial), Sanogo Abdoul Hamid (Ijazah Sarjana Muda) dan Abdul Hady Al-Helalee (Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Kewartawanan).


Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan berkata, ketiga-tiga pelajar terbabit dipilih berdasarkan kriteria ditetapkan pihak IIIT.

“Antara kriterianya ialah cemerlang dalam akademik, karakter berwibawa, nilai moral yang tinggi serta aktif di dalam dan luar kampus,” katanya dalam kenyataan.

Majlis serahan disempurnakan Presiden merangkap Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, dalam satu majlis ringkas, di universiti berkenaan, di sini.

Dalam kenyataan sama, Dr Mohammad Redzuan turut menggalakkan pelajar antarabangsa terutama dari negara Islam untuk melanjutkan pengajian di universiti terbabit.

“Berdasarkan pengalaman saya meninjau di beberapa negara luar khususnya benua Afrika, peluang belajar seperti di Malaysia amat sukar diperoleh.

“Justeru, jadikanlah peluang pembelajaran di UNISEL sebagai landasan bergerak maju dan dapat membantu masyarakat apabila pulang ke negara asal.

“Saya yakin dengan adanya biasiswa seperti ini, ia dapat menggalakkan lebih ramai pelajar luar negara untuk melanjutkan pengajian di sini,” katanya.

Biasiswa dengan kerjasama antara UNISEL dan IIIT itu bagi menyediakan penajaan pembelajaran termasuk yuran pengajian, elaun tesis, elaun buku dan alat tulis kepada pelajar sepanjang pengajian.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next