SHAH ALAM, 25 April — Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) selaku penganjur program World #QuranHour, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub (lima, kiri) bersama tetamu yang juga sebahagian wakil media pada majlis pelancaran dan taklimat sinergy media Malaysia sempena World#QuranHour yang bertemakan “Solusi Cabaran Sejagat” hari ini. Program World #QuranHour kali ini memilih surah Al-Khafi sebagai kempen membaca al-Quran secara serentak selama satu jam pada 30 Mei depan.?–fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA?
NASIONAL

World #QuranHour: Surah Al-Kahfi jadi pilihan tahun ini

SHAH ALAM, 25 APRIL: Surah Al-Kahfi yang mempunyai pelbagai kisah pengajaran yang boleh dijadikan pedoman dijadikan surah pilihan bagi program World #QuranHour, iaitu kempen membaca al-Quran secara serentak selama satu jam, pada 30 Mei ini.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) selaku penganjur program, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata surah Al-Kahfi menjadi pilihan pada #QuranHour tahun ini kerana ia memberi persediaan dari aspek fizikal, emosi, intelek dan spiritual kepada masyarakat dalam menangani dunia masa kini.

Beliau berkata kefahaman dari surah Al Kahfi akan menjadi benteng dan landasan agar ummah berupaya mengemudi kehidupan mengikut panduan Al-Quran seperti yang digariskan oleh Allah.

“Program World #QuranHour bertemakan “Solusi Cabaran Sejagat” yang akan diadalan’ pada 30 Mei bersamaan 25 Ramadan 1440H nanti adalah kempen untuk membentuk landasan solidariti ummah seluruh dunia dengan mengambil semangat dan keberkatan 10 malam terakhir Ramadan.

“Ia adalah usaha membentuk komitmen untuk melakukan tranformasi diri ke arah lebih baik, program World #Quran Hour merupakan program penyatuan ummah tanpa mengira latar belakangbagi mewujudkan sebuah dunia yang Rahmah, berbudi dan penyayang,”katanya pada majlis pelancaran dan taklimat sinergy media Malaysia sempena World#QuranHour di sini hari ini.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah turut berkenan menyertai Program World#QuranHour tahun ini yang dijadual berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Program kali ini turut mendapat kerjasama media cetak dan MEDIA elektronik utama negara yang akan bersama-sama mempromosikan program berkenaan.

Bernama adalah antara organisasi media tersebut selain Utusan Malaysia, Kosmo!, Kumpulan Media Karangkraf, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Astro, Kumpulan Media Prima dan TV AlHijrah.

-BERNAMA


Pengarang :