PUTRAJAYA, 4 Mei — Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad (kiri) bersama Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr Aminuddin Hassim (dua, kiri) merasmikan Festival Ramadan Putrajaya 2019 di Dataran Putrajaya hari ini. –fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
NASIONAL

Festival Ramadan Putrajaya tawar lebih 1,000 menu

PUTRAJAYA, 4 MEI: Lebih 1,000 jenis makanan dan minuman seperti kuih-muih, lauk-pauk, hidangan yang dibakar dan sebagainya menanti para pengunjung bazar Festival Ramadan Putrajaya 2019 kali ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, penduduk Putrajaya dan kawasan berdekatan dijemput untuk memeriahkan festival itu yang akan berlangsung dari 6 petang hingga 11 malam setiap hari sepanjang Ramadan.

“Festival kali ini menyediakan kemudahan kepada pengunjung untuk membeli juadah berbuka puasa, mencari barangan untuk sambutan Hari Raya dan menghayati kesucian Ramadan menerusi pelbagai program kerohanian,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan festival itu, di sini.

Festival berkenaan berlangsung di Presint 3, berhampiran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

-BERNAMA


Pengarang :