IPOH, 4 Mei — Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran (dua, kanan) bersama tetamu pada Majlis Pelancaran Novel Tamil ‘Kandi Seemai’ tulisan Maathalai Somu di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh hari ini. –fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
NASIONAL

Kerajaan wujud pasukan khas kaji dasar kerja waktu malam

IPOH, 4 MEI: Kementerian Sumber Manusia akan mewujudkan pasukan bertindak khas untuk mengkaji cadangan bekerja pada waktu malam bagi sektor pekerjaan tertentu dilaksanakan.

Menterinya, M. Kula Segaran berkata, cadangan yang diutarakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini memerlukan kajian terperinci selain mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak.

“Setelah kajian selesai, kita akan bawa perkara ini ke Kabinet,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan buku berbahasa Tamil bertajuk ‘Kandi Seemai’ (Candy City) karya Maathalai Somu, di Institut Latihan Perindustruian Ipoh, di sini hari ini.

Kula Segaran yang juga Anggota Parlimen Ipoh Barat mengulas mengenai cadangan Dr Mahathir yang mahu melaksanakan dasar berkenaan.

Khamis lalu, Dr Mahathir ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tautan Muhibah anjuran Biro Ekonomi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Segambut di Laman Zarlith di Kuala Lumpur berkata, kerajaan sedang memikirkan untuk mengalihkan waktu bekerja siang kepada waktu malam dalam sektor pekerjaan tertentu.

-BERNAMA

 


Pengarang :