Serangan pusat hiburan: Datuk Seri serah diri | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Hafizan Taib

Serangan pusat hiburan: Datuk Seri serah diri

KUALA LUMPUR, 19 MEI: Seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ yang diburu polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian serangan ke atas sebuah premis hiburan di Jalan Klang Lama di sini, pada 3 Mei lepas, menyerah diri Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, ACP Alzafny Ahmad berkata, suspek terbabit yang berusia lingkungan 40-an menyerah di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada 3 petang itu.

Beliau berkata, suspek yang hadir bersama peguamnya untuk diambil keterangan dilepaskan pada hari yang sama dengan jaminan polis.


Alzafny berkata sehingga hari ini, 15 individu ditahan termasuk Datuk Seri berkenaan, dan kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

“Hasil siasatan berhubung kes itu sedang dibuat termasuk mengesan beberapa saksi serta suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian tersebut. Seorang lagi individu dikehendaki kini berada di luar negara dan dijangka menyerah diri minggu depan sebaik pulang ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 40 individu bersenjatakan parang, batang kayu dan belantan disyaki ahli kongsi gelap menyerang serta merosakkan pusat hiburan berkenaan. – BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next