NASIONAL

Lokman Adam, Gobalakrishnan bebas dengan jaminan polis

 

KUALA LUMPUR, 14 Jun : Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam dan anggota MIC N. Gobalakrishnan yang ditahan semalam, dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat dalam kenyataan di sini berkata kedua-dua mereka dibebaskan kira-kira 7 pagi ini selepas siasatan awal selesai.

Semalam, Fadzil berkata Lokman dan Gobalakrishnan ditahan di Taman Teknologi, Kajang kira-kira 6.45 petang kerana menghalang tugas penjawat awam serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, katanya. -BERNAMA


Pengarang :