SELANGOR

MB luang masa hadiri jamuan Aidilfitri PDT Klang

OLEH NADIAH ZAMLUS

KLANG, 13 JUN: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari meluangkan masa ke jamuan Aidilfitri anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Klang, hari ini.

Beliau turut ditemani EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han dan EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam, Hee Loy Sian.

Amirudin turut beramah mesra dan bergambar dengan kakitangan yang hadir pada jamuan terbabit.

Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Tanah Klang itu bermula dari 11 pagi sehingga 3 petang.

Lebih 1,000 tetamu yang hadir pada majlis itu dihidangkan dengan pelbagai juadah menarik termasuk durian, sate, kambing bakar, lemang, cucur udang dan pelbagai jenis minuman menarik.


Pengarang :