AGENDAGLOBAL

Presiden Tunisia meninggal dunia pada usia 92 tahun

KAHERAH, 25 JUL: Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi meninggal dunia di sebuah hospital tentera pada usia 92 tahun, lapor agensi berita Sputnik, memetik pejabat presiden.

“Pagi ini, 25 Julai 2019, presiden republik Beji Caid Essebsi, meninggal dunia di sebuah hospital tentera di Tunis,” tulis pihak pentadbiran presiden di Facebook.

Sebelum ini, presiden yang memerintah negara itu sejak 2014 sering keluar masuk hospital sejak beberapa bulan lalu atas sebab kesihatan

– BERNAMA


Pengarang :