SELANGOR

Tiga jalan ditutup sempena Bear-A-Thon esok

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 JUL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan sempena Program ‘Bear-A-Thon: Embrace Your Health’ mulai jam 6.30 pagi sehingga 1.00 petang, esok.

Penutupan tiga jalan terbabit adalah Persiaran Akuatik, Persiaran Hishammuddin dan Persiaran Sukan.

“MBSA menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh tersebut untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari masa ke masa.

“Kita juga memohon agar pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak ditujui,” katanya.


Pengarang :