AGENDAJENAYAH

Lelaki Pakistan guna golok tikam bekas isteri

KUALA KRAI, 13 OGOS: Polis memburu seorang lelaki Pakistan berusia 50-an kerana disyaki menikam bekas isterinya menggunakan golok dalam kejadian di sini pada 1 Ogos lalu.

Ketua Polis Kuala Krai, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak berkata, lelaki Pakistan itu tidak ada di rumah semasa polis melakukan pemeriksaan di kediamannya.

“Lelaki yang dicari itu telah menikam bekas isteri dan suami baharu wanita berkenaan dalam kejadian di sebuah bank di sini,”kata beliau.

Menurut beliau, akibat kejadian itu, wanita berusia 48 tahun itu cedera teruk manakala suami kepada wanita itu yang berusia 45 tahun itu pula mengalami kecederaan di bahu dan jari.

-BERNAMA


Pengarang :