Exco Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin Othman (dua, kiri) turut sama Timbalan Presiden Asian Sports Press Union (AIPS) Malaysia Khawari Isa (dua, kanan) ketika sesi Sidang Media Selangor International Sports Summit 2019 di Sunway Resort, Subang Jaya pada 20 Ogos 2019. – Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDASUKANKINI

Selangor optimis jadi tuan rumah SUKMA 2022

SUBANG JAYA, 20 OGOS: Selangor optimis untuk menjadi tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) menjelang 2022 selepas hampir 20 tahun tidak menganjurkan acara sukan negara paling berprestij itu.

EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairudddin Othman berkata, Kerajaan Negeri sudah bertemu Menteria Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi menyatakan kesediaan Selangor berkenaan.

“Difahamkan, negeri lain masih belum berminat untuk menganjurkannya. Kita membuat tawaran kerana memahami kedudukan ekonomi negeri dan oleh kerana itu saya yakin kita dapat menjadi tuan rumah kali ini.

“Walaupun begitu kita masih belum menerima maklum balas secara hitam putih daripada pihak kementerian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Selangor International Sports Summit di Hotel Sunway Resort, hari ini.

Kesediaan itu juga sebelum ini disuarakan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari yang turut memaklumkan Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi Kerajaan Negeri sedia digerakkan bagi melancarkan penganjuran SUKMA 2022 sekiranya Selangor diberi tanggungjawab sebagai tuan rumah temasya dwi tahunan itu.

Amirudin berkata, pada masa ini Kerajaan Negeri sedang giat berusaha untuk mendapatkan hak penganjuran itu.


Pengarang :