AGENDASUKANKINI

Serena atlet wanita terima bayaran tertinggi – Forbes

ISTANBUL, 7 OGOS: Pemain tenis Amerika, Serena Williams dinobat sebagai atlet wanita yang menerima bayaran paling tinggi di dunia bagi tempoh Jun 2018 hingga Jun 2019, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik pengumuman oleh majalah perniagaan Forbes.

Forbes pada Rabu telah mengeluarkan senarai atlet wanita yang menerima bayaran paling tinggi bagi tempoh itu.

Juara Grand Slam 23 kali itu mendahului senarai tahunan atlet wanita menerima bayaran paling tinggi dengan meraih pendapatan sebanyak US$29.2 juta.

Selepas memenangi Kejohanan Terbuka Australia dan Amerika Syarikat, pemain tenis Jepun iaitu Naomi Osaka menduduki tempat kedua dengan US$24.3 juta dalam senarai itu di belakang Williams manakala pemain Jerman Angelique Kerber di tempat ketiga dengan US$11.8 juta.

-BERNAMA


Pengarang :