Ng Sze Han (tengah) bergambar bersama warga emas dan juga unit tindakan kinrara ketika Program Baucer Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas di Giant Bukit Kinrara, Puchong pada 21 September 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Dun Kinrara catat penerima SMUE tertinggi

PUCHONG, 21 SEPT: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara merekodkan penerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) tertinggi di negeri ini, kata Ahli Dewan Negerinya, Ng Sze Han.

Beliau yang juga EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru berkata, daripada jumlah berkenaan, 111 penerima baucar adalah dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Sementara penerima yang berdaftar di seluruh Selangor ialah seramai 317,932.

“Pada 2019, Kerajaan Selangor memperuntukkan RM6 juta bagi SMUE bermula September hingga Disember, tahun ini. Sementara RM20 juta pula dijangka akan diberikan sepanjang tahun 2020 kepada penerima berkenaan,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika penyerahan SMUE Dun Kinrara di Giant Bandar Kinrara, di sini, hari ini.

Pada majlis sama, Sze Han turut menyambut ulang tahun kelahiran 20 penerima SMUE.

Mengulas lanjut program berkenaan, beliau mendapati corak pembelian warga emas semakin berubah saban tahun.

“Saya gembira kerana melihat warga emas ini membeli barangan yang mereka suka selain membeli barangan dapur sahaja.

“Ini bertepatan dengan matlamat kami kerana pemberian baucar ini untuk menghargai warga emas Selangor yang sebelum ini sudah berusaha membangunkan negeri ini bersama-sama.

“Jadi, melalui baucar ini mereka boleh membeli apa sahaja barangan yang mereka suka terutama makanan ataupun minuman,” katanya.


Pengarang :