AGENDANASIONAL

Hujan, ribut petir di Selangor sehingga 17 September

SHAH ALAM, 11 SEPT: Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan cuaca hujan dan ribut petir berlaku di kebanyakan lokasi di Selangor sehingga Selasa depan (17 September).

Keadaan itu dijangkakan berlaku di Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling, Gombak, Klang, Hulu Selangor , Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Hujan dan ribut petir dijangka berlaku pada waktu pagi dan petang sementara tiada hujan pada waktu malam.

Sebelum ini, dilaporkan METMalaysia mungkin akan memulakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) untuk menangani masalah jerebu di Sarawak, namun ia bergantung pada kesesuaian keadaan atmosfera.

Ketua Pengarah METMalaysia, Jailan Simon berkata, jabatannya sentiasa memantau keadaan dari semasa ke semasa untuk kemungkinan melakukan OPA jika keadaan atmosfera bertambah baik.


Pengarang :