AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kualiti udara di Selangor catat bacaan menurun

SHAH ALAM, 20 SEPT : Kualiti udara di Selangor didapati semakin pulih ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menurun sejak semalam.

Laporan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat jam 10 pagi ini mendapati tahap kualiti udara di kesemua lokasi di negeri ini berada pada tahap tidak sihat berbanding sebelum ini sangat tidak sihat.

Di Johan Setia, Klang bacaan ialah 155, Kuala Selangor (105), Petaling Jaya (145), Shah Alam 136), Klang (121) dan Banting (112).

Sementara itu Sri Aman, Sarawak masih lagi merekodkan kualiti udara paras berbahaya iaitu 420, dan tiga lagi kawasan Kuching (246), Samarahan (219) dan Sarikei (228) mencatatkan kualiti sangat tidak sihat.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).


Pengarang :