Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pada 3 September kehilangan undi penting Brexit di Dewan Rakyat. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

PM Britain hilang undi penting Brexit di parlimen

LONDON, 4 SEPT: Perdana Menteri Britain Boris Johnson pada Selasa kehilangan undi penting Brexit di Dewan Rakyat apabila anggota parlimen yang menentang langkah keluar Kesatuan Eropah tanpa perjanjian mengambil alih urusan perjalanan parlimen.

Kerajaan Britain tewas dengan margin 27 undi apabila penggubal undang-undang terbabit mengambil alih agenda parlimen pada Rabu, yang akan membolehkan satu debat diadakan berkaitan rang undang-undang bagi menyekat Brexit tanpa perjanjian.

Anggota parlimen mengundi 328-301 untuk mengambil alih urusan perjalanan Dewan Rakyat selepas satu debat tergempar berlangsung kira-kira tiga jam.

Sejurus selepas keputusan undi diumumkan, perdana menteri berkata beliau akan membentangkan usul untuk mengadakan pilihan raya umum awal.

-BERNAMA


Pengarang :