Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika merasmikan buku ‘Apa Habaq Orang Muda’ edisi bahasa Jepun hari ini. Turut bersama Penulis Bersama ‘Apa Habaq Orang Muda’ Radzi Tajuddin (kanan), Pengurus Besar Umeda Main Store Kinokuniya Co Ltd Masaya Yumoto (dua, kanan) dan Pengurus Besar Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) Sakri Abdullah (dua, kanan).Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

PM lancar buku “Dr M: apa habaq orang muda?” edisi Jepun

KYOTO (Jepun), 7 SEPT: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini melancarkan buku berjudul “Dr M: Apa Habaq Orang Muda” bagi edisi Jepun.

Buku itu adalah koleksi ungkapan Dr Mahathir yang membangkitkan semangat, menyegarkan dan tajam daripada wawancara, ucapan dan penulisan beliau sebelum ini.

Ia, yang menampilkan Chedet (nama pena Dr Mahathir) dan Matrodi (Radzi Tajuddin) sebagai penulis bersama dan diterbitkan kali pertama pada 2016, adalah himpunan pesanan, pengajaran, dan peringatan berhubung perpaduan, demokrasi, pendidikan, budaya, perjuangan dan sistem nilai mengikut acuan Malaysia.

“Dr M: Apa Habaq Orang Muda” edisi Jepun itu diterbitkan bersama oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Persatuan Jepun-Malaysia (JMA) serta DuBook Press.

Buku itu dijangka dipasarkan secara meluas menerusi rantaian Kinokuniya Co. Ltd yang memiliki 70 kedai buku di seluruh Jepun menjelang akhir bulan ini.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Duta Besar Malaysia di Jepun Datuk Kennedy Jawan, Pengurus Besar dan Pemangku Pengurus ITBM Sakri Abdullah, Pengarah Eksekutif JMA Takuji Arai serta Pengarah dan Pengurus Besar Kedai Utama Umeda Kinokuniya, Masaya Yumoto.

-BERNAMA


Pengarang :