Gambar kemalangan melibatkan rakyat Malaysia di Turki. Foto Facebook/ NOREEN KARTEL
AGENDAAGENSISELANGOR

PKNS terbangkan waris Allahyarham Azalan ke Turki malam ini

SHAH ALAM, 17 OKT: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menerbangkan keluarga kakitangannya, Allahyarham Azalan Miswan yang terkorban dalam kemalangan di Afyonkaranhisar, Turki, malam ini.

Pihaknya dalam kenyataan turut memaklumkan, wakil PKNS juga akan bersama-sama ke Turki bagi membantu penyelarasan dan pengurusan mangsa di sana untuk dibawa pulang ke tanah air.

Dalam perkembangan sama, PKNS memaklumkan empat orang yang disahkan cedera sudah menerima rawatan di hospital tempatan.

Tiga daripada mereka Nor Afisah Ahmad Ferdaus, 50, Shamsul Bahrin Muhd Shukur, 55, dan Zuraini Muhamad Darum, 50 masing-masing mengalami patah tangan manakala Roslan Mohamed, 58, mengalami kecederaan dalaman.

Semalam, bas yang dinaiki rombongan rakyat Malaysia terbabit dengan kemalangan ketika dalam perjalanan ke Pamukkale ke Cappadocia lebih kurang jam 11 pagi waktu tempatan.


Pengarang :