AGENDANASIONAL

Belanjawan #Selangor2020 fokus bina, baiki infrastruktur

SHAH ALAM, 1 NOV: Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM178 juta kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi pelaksanaan projek-projek jalan raya tahun 2020.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan #Selangor2020 berkata, sebanyak 20 projek fizikal telah siap, 14 projek dalam peringkat pembinaan dan 18 projek dalam peringkat perancangan sehingga 20 September 2019.

Senarai projek yang akan dilaksanakan seperti diumumkan ialah:

* RM52.1 juta diperuntukkan untuk pelasanaan kerja-kerja sambungan pembinaan jalan baharu yang sedang berjalan
* RM94.75 juta bagi menaik taraf jalan-jalan sedia ada
* RM9 juta daripada jumlah peruntukan di atas diperuntukkan untuk kerja meningkatkan aspek keselamatan jalan-jalan Daerah, pemasangan lampu isyarat dan lampu jalan
* Tambahan RM2.35 juta pula diperuntukkan untuk kerja pembaikan cerun
* RM6.7 juta untuk melaksanakan kerja-kerja permulaan termasuklah kajian beberapa cadangan projek menaik taraf jalan di Negeri Selangor

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM2 juta bagi menaik taraf kemudahan asas dan kemudahan infrastruktur di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berstatus Majlis Daerah.

Bagi projek tebatan banjir dan saliran, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor menerima peruntukan RM84.4 juta dengan 62 peratus daripada peruntukan yang diperolehi adalah bagi pelaksanaan projek tebatan banjir manakala 32 peratus bagi projek menaik taraf saliran.

Pecahan daripada keseluruhan peruntukan bagi projek-projek yang dilaksanakan ialah:

* Pembangunan Projek Tebatan Banjir sebanyak RM52.19 juta
* Menaik taraf saliran sebanyak RM26.84 juta
* Pembangunan lembangan sungai sebanyak RM700,000
* Pembangunan sumber air dan hidrologi sebanyak RM960,000
* Program pengurusan saliran mesra alam sebanyak RM600,000
* Pembangunan pantai sebanyak RM1.4 juta
* Pembangunan infrastruktur mekanikal dan elektrikal sebanyak RM1.7 juta

Tiga projek di dalam pelaksanaan yang menerima peruntukan tertinggi ialah:

* Projek Tebatan Banjir di Pandamaran sebanyak RM5.4 juta
* Projek Tebatan Banjir di Hilir Sungai Kuang, Mukim Rawang sebanyak RM7.5 juta
* Projek Tebatan Banjir di Sungai Labu sebanyak RM9.5 juta

Sebanyak RM26.84 juta diperuntukkan bagi melaksanakan 11 projek untuk menaik taraf parit utama dan sistem parit dalaman antaranya:

* Daerah Klang sebanyak RM16 juta di Pekan Meru dan Kampung Jawa, Kampung Bukit Lanchong dan Kampung Sungai Baru
* Daerah Petaling sebanyak RM4 juta
* Menaik taraf Parit Utama dan Sistem Parit Dalaman di Kampung Seri Aman, Puchong sebanyak RM4 juta


Pengarang :