AGENSISELANGOR

Subsidi RM1 juta buat anak muda ambil lesen motor

SHAH ALAM, 1 NOV: Kerajaan Selangor menyumbangkan subsidi RM350 kepada golongan belia yang mengambil kursus latihan untuk memperoleh lesen motosikal menerusi Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE).

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata peruntukan RM1 juta memberi manfaat kepada hampir 3,000 anak muda terutama golongan miskin bandar.

“Pelaksanaan RiDE diwujudkan kerana Kerajaan Negeri peka dan prihatin dengan trend ‘gig economy’ yang semakin meluas di Malaysia.

“Program ini akan dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negeri Selangor, dan kita berharap supaya dengan adanya lesen motosikal ini, mereka dapat melibatkan diri dalam sektor perkhidmatan dan logisitik,” katanya ketika membentang Belanjawan #Selangor2020.


Pengarang :