AGENSISELANGOR

Gangguan bekalan air Hulu Langat, Kuala Lumpur pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 3 NOV: Bekalan air di kesemua kawasan terjejas ekoran kerosakan peralatan ‘bandscreen’ (sistem penapisan air mentah) Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat pulih sepenuhnya, hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan berkata, kerjasama pelanggan amat dihargai dan pihaknya memohon maaf atas segala kesulitan sepanjang tempoh gangguan bekalan.

Terdahulu, sebanyak 95 kawasan di wilayah Hulu Langat serta 61 kawasan di Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran masalah teknikal ‘bandscreen’ (sistem penapisan air mentah) di LRA Sungai Langat yang berlaku pada 1 November lalu.

Insiden berkenaan menyebabkan pengurangan pengeluaran air terawat sebanyak 179 juta liter sehari.


Pengarang :