Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendengar penerangan daripada Timbalan Pengarah Muzium British, Jonathan Wlliams (kiri) ketika baginda melawat muzium berkenaan pada 14 Disember 2019. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Raja Permaisuri Agong berkenan lawat Muzium British

LONDON, 14 DIS: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat Muzium British, muzium awam kebangsaan pertama di dunia, pada Sabtu.

Baginda meluangkan masa kira-kira dua jam, melihat antara lain pameran ‘Inspired by the East: How the Islamic World Influenced Western Art’ yang dianjurkan bersama Muzium Kesenian Islam Malaysia.

Barang pameran dari Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah dan Afrika Utara termasuk seramik, fotografi, kaca, barang kemas dan pakaian serta lukisan adalah antara yang dipamerkan pada pameran yang diadakan dari 10 Oktober hingga 26 Januari tahun hadapan.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Muzium, Jonathan Williams.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah and Tunku Azizah sedang dalam rangka lawatan khas di United Kingdom (UK) sehingga 16 Disember ini.

Lawatan khas ke UK adalah lawatan keempat Al-Sultan Abdullah selepas lawatan Seri Paduka ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Jepun masing-masing pada Jun, Julai dan Oktober lepas, selepas mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Januari.

– BERNAMA


Pengarang :