Seramai 300 pegawai Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menandatangani Ikrar Bebas Rasuah sebagai menyahut seruan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

300 warga Mais tandatangan Ikrar Bebas Rasuah

SHAH ALAM, 21 JAN: Seramai 300 pegawai dan kakitangan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) termasuk jabatan agensi agama dan anak syarikatnya menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) buat pertama kali bagi menyahut seruan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majlis disaksikan Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim dan Pengerusi Mais, Dato’ Mohammed Khusrin Munawi berlangsung di Dewan  Muktamar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor baru-baru ini.

“Lafaz ikrar dipimpin Setiausaha Mais, Dr Ahmad Shahir Makhtar diikuti ketua-ketua agensi dan anak syarikatnya sebelum sesi menandatangani IBR.

“ Mais turut mengingatkan semua kakitangan supaya mengutamakan penghasilan program kerjasama antara jabatan, agensi dan anak syarikat serta pelaksanaan Pelan Strategik Mais Tahun 2020-2024,”  kata agensi itu dalam kenyataan.

Majlis turut dihadiri Mufti Selangor Dato’ Mohd Tamyes Abd Wahid, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Mohd Shahzihan Ahmad dan Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor Mohammad Adib Husain.


Pengarang :