AGENDASUKANKINI

Asia Challenge: FAS bangga undang tiga kelab besar

SHAH ALAM, 12 JAN: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bangga dapat mengundang tiga kelab dari rantau Asia dalam Kejohanan Asia Challenge 2020, kata Setiausaha Agungnya.

Dr Johan Kamal Hamidon berkata kelab berkenaan ialah Bangkok United FC dari Thailand, Hanoi FC (Vietnam) dan Persib Bandung (Indonesia).

“Kejohanan ini sebagai isyarat kepada pemain kita sedang mempersiapkan pasukan menghadapi Liga Malaysia, sekali gus menjadi kelab bola sepak terunggul di Asia,” katanya.

Beliau berkata kejohanan selama dua hari akan menjadi landasan terbaik untuk Selangor mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan serta mengatur strategi ke pertandingan Asia tahun depan.

Kejohanan julung kali diadakan di Stadium Shah Alam berlangsung pada 18 dan 19 Januari ini.


Pengarang :