AGENSISELANGOR

Jais seru guru pantau wabak influenza A di sekolah

SHAH ALAM, 9 JAN: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memandang serius penularan wabak influenza A di semua institusi pendidikan, khususnya di sekolah agama di bawah kendalian agensinya.

Unit Korporatnya dalam satu kenyataan meminta semua guru supaya peka dengan perubahan yang berlaku kepada murid terutama semasa sesi persekolahan.

“Sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan, pelajar perlu terus diasingkan dan guru diminta menghubungi ibu bapa agar mangsa boleh terus dibawa ke klinik atau hospital.

“Ibu bapa dan penjaga juga disaran supaya tidak menghantar anak yang demam atau menunjukkan gejala influenza A ke sekolah,” katanya.

Dalam kenyataan sama, agensi itu turut mengingatkan pihak sekolah supaya terus menjalankan pemantauan terhadap murid dan warga sekolah.


Pengarang :