Elya Marini Darmin membantu pelukis Rusia, Jane Kaluga menyiapkan lukisan dinding ketika lawatan menuju ke Laluan Warisan, Klang pada 15 Januari 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Mural safari tarikan baharu di `Heritage Walk’ Klang

KLANG, 15 JAN: Lukisan dinding bertemakan safari di ‘Heritage Walk’ di sini menjadi tarikan terbaharu untuk dikunjungi, kata yang dipertuanya.

Elya Marini berkata projek di sekitar bangunan Lintang Dato’ Hamzah berkonsepkan keluarga menjanjikan kepuasan kepada pengunjung berikutan keindahan reka bentuk bangunan.

“Projek yang hampir siap ini lebih mendapar perhatian apabila gambar diambil pelancong ditularkan kepada umum,” katanya di lokasi mural bangunan `Heritage Walk’  di sini hari ini.

Elya berkata MPK akan melihat keberkesanan projek perintis ini dan mungkin boleh dikembangkan ke kawasan lain jika ada permintaan.

Lukisan dinding menarik perhatian pengunjung di sepanjang laluan pejalan kaki di Laluan Warisan, Klang. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Pelukis mural, Dhiyaul Mohamad Ashraf, 29, berkata, dia bersama 10 rakannya mengambil masa hampir sebulan menyiapkan kesemua lukisan.

“Inisiatif seperti ini wajar diikuti pihak berkuasa tempatan lain untuk menghidupkan semula satu-satu kawasan selain mengiktiraf pelukis seperti kami,” katanya yang sudah melukis lebih 500 dinding secara solo.

`Heritage Walk’ turut membabitkan pembinaan laluan pejalan kaki di sepanjang Jalan Stesen, Jalan Tengku Diauddun dan Jalan Dato’ Hamzah.

Kos mengindahkan `Heritage Walk’ termasuk pencahayaan di lorong belakang menelan belanja RM1.9 juta.


Pengarang :