Selangorkini
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Sultan Perak Sultan Nazrin Shah (kiri) berkenan berangkat pada hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-256 di Istana Negara pada 20 Februari 2020. Foto BERNAMA
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Agong berangkat hadir hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-256

KUALA LUMPUR, 20 FEB: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-256 di Istana Negara di sini.

Mesyuarat yang bermula semalam itu dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Turut berangkat hadir Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan yang diwakili Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra, Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, Johor diwakili Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Selangor diwakili Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mesyuarat turut disertai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Seri Paduka diiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad manakala Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing dan Yang di-Pertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri.

– BERNAMA


Pengarang :